Hadid ketika sedang tidur di dalam
balang
Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah
melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat
disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya. Namun begitu, tidak banyak
perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai
dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.
Panggilan bagi menyambut anak lelaki
adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk
menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa"
yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.
· Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka
adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik
agar posisi anak itu bersih dan sihat. Selalunya amanah membersihkan anak yang
baru lahir itu adalah di bawah tanggungjawab jururawat, bidan, bapa anak atau mereka yang
penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan
itu. Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala
yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.
· Sunat/Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka
yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa
kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi
cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan
ikatan silaturrahimdikalangan mereka. Adalah disarankan bagi pengucap
khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah
berupa hadiah,hamper,bunga-bungaanataupun wang saguhati kepada
penimang anak.
· Sunat untuk diazankan di telinga kanan
bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga
disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan
yang masih bayi sesudah kelahirannya. Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat
suci Al-Quran pada bayi
tersebut. Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar
memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.Salah satu
hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang
kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.
Jadi, bergegas Ayah berlari ke
wad NICU kelahiran anak di Hospital Besar Sungai Buloh selepas
itu ayah segera mengazankan anak ayah yang tercinta ini. Di situ Hadid
diletakan di dalam satu balang sebesar 2 tapak tangan. Hadid begitu selesa di
dalam baling tersebut.
Tanpa lengahkan masa lagi ayah
melaungkan azan ketelinga kanan Hadid dengan mendayu sayunya. Ayah masih
teringat waktu Hadid di dalam baling tersebut. Hadid diletakan pelbagai wayar
untuk pengudaraan penafasan Hadid.
Ini kerana penyambungan wayar ini
adalah oksigen penafasan Hadid, di kerana anak ayah ini ingin cepat sangat nak
keluar, sehinggakan beratnya hanyalah 1.76Kg dan masih belum boleh bergantung
bernafas dengan hidung sendiri.
Ini adalah 5 sebab kenapa anak kena di azankan.
1. ANAK AKAN RASA TENANG BILA KITA BERADA DI SISI MEREKA
2. MEMBEZKAN DENGAN ANAK PEREMPUAN
3. SUNAT DAN DAPAT PAHALA
4. SETAN AKAN LARI
5, MENJADIKAN ANDA SEORANG AYAH YANG BERTANGGUNGJAWAB