Wednesday, July 13, 2016

Kenapa Hari Pertama Anak di Azankan





Hadid ketika sedang tidur di dalam balang

Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya. Namun begitu, tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.

Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

· Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat. Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah di bawah tanggungjawab jururawat, bidan, bapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan itu. Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.

· Sunat/Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahimdikalangan mereka. Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah,hamper,bunga-bungaanataupun wang saguhati kepada penimang anak.

· Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut. Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

So selepas sahaja hadid dilahirkan ayah segera mengazankan anak ayah yang tercinta ini. Bergegas Ayah berlari ke wad kelahiran anak di Hospital Besar Sungai Buloh. Di situ Hadid diletakan di dalam satu balang sebesar 2 tapak tangan. Hadid begitu selesa di dalam baling tersebut.


Tanpa lengahkan masa lagi ayah melaungkan azan ketelinga kanan Hadid dengan mendayu sayunya. Ayah masih teringat waktu Hadid di dalam baling tersebut. Hadid diletakan pelbagai wayar untuk pengudaraan penafasan Hadid.


Ini kerana penyambungan wayar ini adalah oksigen penafasan Hadid, di kerana anak ayah ini ingin cepat sangat nak keluar, sehinggakan beratnya hanyalah 1.76Kg dan masih belum boleh bergantung bernafas dengan hidung sendiri.

No comments:

Post a Comment